TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Anda Baca, Anda Fikir dan Anda Tafsir

Facebook
RSS

LYNAS ADALAH TELUS

Yang sebenarnya, LYNAS adalah isu technical dan bukannya isu politik. Maklumat LYNAS adalah berdasarkan fakta saintifik yang boleh diuji dan dibuktikan. Malah LYNAS amat mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN bagi menyemak laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar. Selain itu, pihak LYNAS turut mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang BERKELAYAKAN untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri.
KILANG LYNAS TIDAK MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM, PERSEKITARAN DAN PEKERJANYA
Untuk pengetahuan semua, kilang LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan puak-puak Pakatan Rakyat (PKR). LYNAS hanyalah kilang kimia yang biasa sepertimana terdapat di Pulau Pinang dan lain-lain tempat… Kena tutup juga lah kan kalau macam tu.
Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah LYNAS adalah BUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah amat rendah dibawah paras yang ditetapkan.
Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT RENDAH. Rujuk carta dibawah.
CARTA 1
Pelepasan air dan udara dari kilang LYNAS TIDAK ada bahan radioaktif. Kilang LYNAS ni sebenarnya adalah sebuah kilang yang berteknologi tinggi dan MEMATUHI undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
APAKAH ANGKA DEDAHAN RADIASI YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN MANUSIA ?
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berkenaan had dedahan radiasi kepada manusia :
- orang awam : tidak melebihi 1.0 mSv/setahun
- pekerja sinaran : tidak melebihi 20 mSv/setahun
CARTA 2
ADAKAH LYNAS SAMA DENGAN ASIAN RARE EARTH (ARE) BUKIT MERAH ?
Jawapannya TIDAK SAMA !
Bahan mentah Kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah atau senang cerita tahi bijih (bukan tahi hidung). Manakala bahan mentah LYNAS adalah dari lombong dan BUKAN BAHAN BUANGAN !
Kandungan radioaktif bahan mentah LYNAS seperti yang aku sebut diawal tadi adalah terlalu rendah malah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bukit Merah.
Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari LYNAS ! Manakala kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari LYNAS.
KENAPA LYNAS MEMILIH UNTUK MEMBUKA KILANG DI GEBENG ?
Kenapa tidak Australia ?
Sebenarnya, LYNAS telah pun mendapat kelulusan untuk membina kilang di Australia. Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat adalah tidak komersial kerana kos yang tinggi dan facility yang serba kekurangan iaitu kemudahan asas seperti air, gas asli dan juga bahan kimia.
Kelulusan EPA bagi cadangan pembinaan Kilang Ashton (LYNAS) Rare Earth di Australia
Kenapa tidak China ?
Sepertimana Australia, LYNAS telah mendapat kelulusan untuk membina kilang di China. Namun begitu, leceh China ni sebab banyak songeh. China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk logam nadir.
Kelulusan EIA bagi cadangan pembinaan Kilang Rare Earth di China
Kenapa tidak Kemaman ? 
LYNAS telah pun dapat kelulusan bagi membina kilang di Kemaman, Terengganu. Tapi, sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan kepada LYNAS untuk bertukar kawasan ke Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang.
Kelulusan EIA bagi cadangan pembinaan Kilang LYNAS di Kemaman, Terengganu
Kenapa Gebeng ?
Sudah semestinya sepertimana 3 lokasi diatas, LYNAS telah mendapatkan kelulusan untuk membina kilang di Gebeng. Faktor kemudahan asas yang mendorong LYNAS untuk membina kilang di Gebeng antaranya adalah kemudahan pelabuhan yang berdekatan, bekalan gas asli yang sedia ada, bekalan bahan kimia yang sedia ada dan bekalan air yang mencukupi (tidak seperti Kelantan dan Selangor). Selain itu, faktor tenaga kerja mahir yang mudah didapati dan juga kerana kos operasi yang kompetitif secara global.
Kelulusan Jabatan Alam Sekitar bagi Kilang LYNAS di Kawasan Perindustrian Gebeng
Lesen Lembaga Tenaga Atom Malaysia bagi Kilang LYNAS Gebeng
PENGURUSAN BAHAN SISA
Bahan sisa LYNAS mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam, alam sekitar dan pekerja. Dedahan sinaran dari bahan sisa keatas orang awam adalah TERAMAT RENDAH SEKALI (rujuk CARTA 1 dan CARTA 2).
Walaupun bahan sisa ini tidak merbahaya, pihak berkuasa telah mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain. Melalui makmal antarabangsa, LYNAS telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif didalam sisa.
Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk membuat jalan.
PENGURUSAN BAHAN SISA – SENARIO TERBURUK
Senario terburuk adalah jika bahan sisa ini tidak dapat digunapakai semula. Ianya boleh ditangani dengan salah satu daripada cara berikut;
  • Bahan sisa ini akan dicairkan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikannya neutral, bahan bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1 Bq/g adalah bahan bukan radioaktif.. harap maklum ye Fuziah Toron). Bahan campuran ini boleh digunakan untuk apa-apa aplikasi yang berfaedah.

ATAU

  • Bahan sisa ini akan disimpan dengan selamat di tempat simpanan sisa kekal yang direkabentuk mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan dari AELB dan DOE.

PELEPASAN UDARA

Kalau Fuziah Toron, dia cuma tahu pelepasan udara pungkoq je…
LYNAS mempunyai Waste Gas Treatment System (Sistem Rawatan Pelepasan Udara) yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk memastikan pelepasan udara adalah selamat. Walaupun begitu, amat sukar menapis mulut Fuziah Toron yang sedang gila meroyan !
Tahap radioaktif yang dikeluarkan adalah amat rendah hingga sukar untuk dikesan. Bahan-bahan yang diproses di LYNAS tidak mengandungi Uranium. Ianya hanya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
Disebabkan kadar radioaktif Thorium yang amat rendah, maka gas Thoron (adik beradik kepada Fuziah Toron kot..) yang mempunyai jangka separuh hayat hanya 55.6 saat yang dihasilkan juga amat rendah.
Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang LYNAS adalah 0.002 mSv/tahun. Kalau nak dibandingkan tengok TV selama 4 jam yang kadar radiasinya 10 kali lebih tinggi dari LYNAS, aku rasa Fuziah Toron tak de TV plasma kat rumah ! Mungkin Fuziah Toron tak ada telefon bimbit, I-Pad dan juga tak pernah jumpa laptop !
Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara, LYNAS telah memasang Airborne Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang 1 unit lagi di bandar Kuantan.
PELEPASAN AIR
Pelepasan air ni bukan bermaksud Fuziah Toron buang air kecil walaupun seluruh dunia kot dah tahu dia ni memang kuat kencing !
Proses LYNAS akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air (hatta air kencing si Fuziah Toron sekali pun). Thorium didalam bentuk pepejal akan ditapis oleh Filter Press. Air yang diasingkan tidak mengadungi Thorium dan air ini akan dirawar di Waste Water Treatment Plant (tempat rawatan sisa air).
Air yang telah dirawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter yang ditetapkan oleh DOE sebelum dilepaskan ke Sungai Balok. Kualiti air yang telah dirawat memenuhi piawaian World Health Organization (WHO).
Tadi ada seekor nate bewak mati-mati meroyan di Facebook menyatakan bahawa China kilang tunggal rare earth seperti LYNAS. Oleh itu, aku nak bagitahu dimana lagi ada kilang rare earth seperti LYNAS ni.
PROSESAN SEPENUH
  • Molycorp di California, Amerika Syarikat
  • Indian Rare Earth di India
  • Solikampsk di Russia
  • Silmet di Estonia (Eropah)

PROSESAN SEPARA

  • Rhoda di Perancis
  • Shin Etsu di Jepun
  • Nippon Yttrium di Jepun
KILANG-KILANG YANG DIDALAM PERANCANGAN
  • Arafura di Whayalla Australia
  • Great Western Minerals di Steenkampskraal South Africa
  • Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
  • Alkane di Dubbo New South Wales Australia
Kesimpulannya
sebelum kita nak keluarkan satu kenyataan, cari la fakta sebenar dulu, search je internet… melambak-lambak info pasal radioactive tu kt internet. so..ini hanyalah sedikit info yang dikongsikan. kalau tak puas hati jugak, cari la kt internet sendiri. Selalunya, KEBENARAN nie memang pahit nak ditelan, tapi itulah hakikatnya.
Anda Baca, Anda Fikir dan Tafsirlah sendiri.

12 Responses so far.

  1. Adele says:

    i love reading through your blog, thank you for sharing with us.http://www.emprestimopessoalibi.com

  2. Bijan says:

    Kenapa bukan sebelah rumah hang?

    Kenapa bukan di Putrajaya?

    Kenapa bukan di belakang rumah PM?

    Ahli politik dan elit negara sedap la kata Lynas selamat. Nanti kalau apa-apa terjadi, letupan ka apa ka, depa lari ke luar negara dulu.

    Jangan terhantuk baru terngadah.

    • Karla says:

      Am I supposed to evliebe that oppo leader/ alleged sodomite/alleged porn star/ former PM designate Anwar Ibrahim to yield so much influence that he can convince the Malaysian Medical Association, the Bar Council, MCLM and many others to make a stand against Lynas?The way I see it, Anwar or no Anwar, safe or unsafe, the people of Kuantan has made up their mindsLYNAS MUST GO!!!!!While I appreciate Hulu Langat MP Dr Rosli in getting our facts right regarding the rare earth plant, the manner in which he spoke is uncalled forLast I check, opposition to the Lynas plant is joint Pakatan agenda, not just PKRSomebody needs to remind Dr Rosli that his fellow colleague and PAS Pahang chief, Tuan Ibrahim Tuan Man has led charge against Lynas n state gov Even Pahang MCA and some BN MPs r against itMoreover, the fact that he used TV3 as a medium in delivering his explanations is nothin less than fishyThey say that those who do not remember history r doomed to repeat itWell Rocky, u do remember Bukit Merah plant right?After nearly 3 decades. conception of many physical and mentally deformed children and billions of ringgit, the clean up is still ongoingSo Rocky, u’r still just a lowsy salesman sellinh useless products that I ain’t going to touch with a ten foot pole, let alone buyThough U can convince me by moving next door 2 the plantI’ll give u 1 yearIf u remain healthy and Pahang is experiencing a windfall, I’ll gladly swallow the bitter pill

  3. Mahathir says:

    saya cadangkan kilang Lynas dipindah ke Putrajaya atas kepuasan semua rakyat Malaysia.. =)

  4. info yang jelas..

    copy 2 my blog

    • Tirthankar says:

      Thanks to Karen Street for pointing out some rerors in the Lynas article.Two corrections:1) sieverts and grays can be used interchangeably for all the isotopes from Fukushima.2) One worker died from a heart attack, wearing the hazmat outfit in the heat.Thanks to Lars Hanson for calculating the correct amounts. While the half lives of caesium 134 (2.06 years) and caesium 137 (30.17 years) are measured in years, the biological half-life of radiocaesium in the human body is only about 70 days. Caesium substitutes for potassium, and the body continually exchanges that substance with its environment. This means two things, it seems to me:The exposure is not correctly calculated as being over one year, as the radiocaesium is constantly being expelled from the body through urine and sweat.The final concentration of radiocaesium in the human body can be no higher than the proportional concentration of radiocaesium in the environment. Given this, it seems the maximum expected exposure would have to be estimated based on the overall proportional concentration of radiocaesium vs potassium in the environment for someone continually in that environment. For someone entering and leaving the environment, the amount accumulated has to be a function of introduction vs. elimination rate over the time of exposure, followed by concentration over time as the body rids itself of the radiocaesium after leaving the area. The point about the a biological half-life of caesium was made by Dr. Rebecca Bittner during a panel discussion on Fukushima at George Washington University a few months ago, although the calculational implications were glossed over

  5. Erna says:

    thanks for being so kind with us.http://www.decolarpassagens.net

  6. Jamil says:

    Gebeng tu kawasan rumah aku la mangkok. hang tu apa kisah. Kalau kilang tu bukok blakang rumah hang barulah hang kesah.
    Bukan isu politik kebendanya, knapalah kerajaan mansuhkan cukai selama 12 tahun untuk kilang yang sedemikian.?
    Kenapa Lynas tak pilih negara indon ke papua new guinea ke.?

    • Lia says:

      apa susahnya mtnieegk atau menulis “assalamu alaikum” , tetapi kembali kepada sesungguhnya amal itu tergantung dari niat . Agama bukan tulisan ,apakah kita pernah membuka hati orang yang menegetik kata c4ss dan didalamnya terdapat kata bokong ketika dia mtnieegk kata Ass . mungkin saja sebelum anda atau siapakah penulis tentang “Singkatkan Salam dengan “Ass” : Itu Bokongmu?”, tidak ada yang berniat mengartikan sebagaimana pemahaman anda , tetapi karena anda mempublikasikan pemahaman anda yah akhirnya hati org yang menulis Ass jadi rusak karena melihat tulisan ini, hati- hati perkataan bisa menjadi fatwa dan fatwa akan membawa tuntutan sampai di pengadilan pemilik pengadilan. demikian coretan saya terimah kasih kalau tersinggung

  7. halo says:

    mereka hanya mengikut telunjuk korang yg slalu cakap kat orang malaysia adalah negara yg lebih baik dr negara2 yg anda sebutkan.. so they just want to prove to them that what u r saying is absolutely right.. kalau depa nak buat kilang tu blakang rumah ak, ak pown x kesah..

    *please do some homework before you want to “bark” k.

  8. If you want to get social bookmarking backlinks that will help skyrocket your website search engine ranking straight to the top, check out this site http://socialbookmarksubmission.org/


  Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul) Bila ...

AES dan Rakyat Malay

sudah lama tak berkongsi cerita disini... tetiba terbaca 1 artikel ...

Ramadhan is coming

sudah lama tidak berkongsi cerita disini... terlalu sibuk dengan urusan ...

Benarkah 300 Ribu Ra

Gambar impose untuk mengelirukan rakyat Malaysia Sebelum pergi dengan lebih jauh ...

FAKTA : Apa Sebabnya

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada ...